‘Apa Jadah Saya Mengandung Letak Kat IG?’ – Dituduh Hamil, Zulin Aziz Luah Rasa Kecewa

Loading...

Siapa tak kenal dengan Zulin Aziz kan? Pelakon dan pengacara yang terkenal dengan perwatakan kelakar nya. Baru-baru ini Zulin Aziz ada memuat naik sekeping foto hasil ‘scan’ di dalam perutnya. Ramai menganggap dia sedang hamil.

Terbaru, Zulin menjelaskan perkara sebenar di laman Instagramnya. Dia rasa kecewa dengan fitnah yang dibuat oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab. Ini penjelasan sebenar pihak Zulin. Semoga cepat sihat.

Bila masa saya kahwin?

Jumpa lagi 6 bulan doctor Shilpa. Saya harap benda tu hilang xpayah operation. Boleh keluarkan saya takkk….nak keje. Ni bukan scan baby yaa.. Ni namanya cyst. Bila masa pulak saya kawen. Saya masuk hospital sbb cirit birit tp lepastu baru saya tahu. Saya nak explain pun susah…doakan baik2 yaa.

Saya kecewa dengan fitnah

Tak angkat call,reply whatsapp semua saya minta maaf. Bagi saya rehat dulu naa? Saya pun dah xsabar nak gelak2 guling2 .bosan dok lepuuu mcmni. Terima kasih buat yg dm saya nak bantu saya cari ubat untuk sihat..Allah saja yg dapat membalas.insyaAllah saya ikhtiar. Macam saya ada bgtau..cyst saya masih dalam keadaan tidak membahayakan tp dia boleh membesar

Saya harap dia akan kecut supaya lagi 6 bulan saya tak perlu menjalani operation. Saya masih dlm keadaan tak berapa sihat disebabkan sakit perut.Jadi saya perlu rehat. Saya agak kecewa yg fitnah2 saya tu. Apa kejadahnya saya nak mengandung bubuh kat instagram..awak tengok filem pengabdi setan banyak sangat ni tu terpengaruh. Pada haters tu awak seronok agaknya tengok saya sakit…saya doakan awak bahagia dunia akhirat.

Sumber : Zulin Aziz/ohbulan

Loading...