Mengejutkan! Kapal Perang USS Indianapolis Ditemui Setelah Tenggelam Selama 72 Tahun

Loading...

Kapal perang USS Indianapolis ditemui setelah tenggelam selama 72 tahun

Semasa Perang Dunia Kedua, sebuah kapal perang USS Indianapolis telah tenggelam di Lautan Pasifik selepas diserang oleh torpedo Jepun. Meskipun begitu, sejak 7 abad yang lepas kedudukan bangkai kapal kekal misteri, tetapi tidak hari ini.

Sekumpulan penyelidik telah berjaya menemui kapal perang yang hilang itu, yang tenggelam semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, pada ketinggian 18,000 kaki atau 5,500 meter di bawah permukaan Laut Filipina.

USS Indianapolis tenggelam di Lautan Pasifik setelah diserang submarin Jepun

Pasukan penyelidik yang diterajui oleh pengasas bersama Microsoft iaitu Paul Allen mengatakan mereka mengesan serpihan kapal termasuk kotak barangan ganti daripada kapal perang tersebut di dasar Lautan Pasifik Utara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawangnya, Allen mengatakan:

“Kami berasa sangat rendah diri dengan penemuan kapal perang yang telah banyak memainkan peranan dalam Perang Dunia Kedua, sekaligus membolehkan penghormatan sewajarnya diberikan kepada pejuang berani USS Indianapolis dan ahli keluarga mereka.”

USS Indianapolis sedang menjalankan misi rahsia sewaktu diserang

Ketika Perang Dunia Kedua melanda, USS Indianapolis sedang menjalankan satu misi rahsia untuk menghantar komponen salah satu daripada dua bom nuklear yang dirancang untuk dilepaskan di Hiroshima, Jepun dalam masa beberapa hari lagi.

Walau bagaimanapun, pada awal pagi 20 Julai 1945 kapal tersebut telah dibedil oleh torpedo yang dilancarkan submarin Jepun.

Hanya dalam masa 12 minit, kapal perang itu tenggelam sepenuhnya. Kapal perang tersebut belayar dengan membawa 1,196 orang anak kapal. Menurut lapran BBC, oleh kerana kapal itu tenggelam dengan begitu pantas, kira-kira 300 orang anak kapal diheret tenggelam bersama.

Dengan bot keselamatan yang terhad, sebanyak 800-900 anak kapal  sempat menyelamatkan diri. Mereka bertahan dan terapung selama 3 hari di perairan yang penuh dengan ikan jerung.

Tiada langsung panggilan kecemasan diterima dan anak-anak kapal yang berpaut pada bot penyelamat dijumpai secara tidak sengaja selang beberapa hari kemudian.

Semasa dijumpai, hanya 316 orang yang masih selamat. Walaupun kebanyakan anak kapal teselamat daripada serangan torpedo, banyak yang terkorban kerana dehidrasi, lemas dan akibat diserang jerung. Ianya merupakan tragedi di lautan yang mengorbankan paling banyak nyawa dalam sejarah Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

USS Indianapolis ditemui di Laut Filipina di Lautan Pasifik Utara

Menurut laporan CNN, pada hari ini, daripada 316 orang yang terselamat hanya 22 orang yang masih hidup.

Allen menambah:

“Sebagai rakyat Amerika, kami terhutang budi dengan keberanian, ketekunan dan pengorbanan perwira negara dalam menghadapi suatu waktu yang paling getir. Kami masih lagi akan meneruskan pencarian serpihan bangkai kapal tersebut. Sementara itu saya berharap semua pihak yang terkesan dengan sejarah  yang bersemadi dengan kapal ini mendapat sedikit jawapan dengan penemuan yang telah dinanti sejak sekian lama.”

Sebelum ini, Allen telah mengetuai ekspedisi yang berjaya menemui kapal perang Jepun iaitu Musashi dan sebuah lagi kapal perang pemusnah semasa Perang Dunia Kedua iaitu Artigliere dari Italy.

Pasukan yang telah menemui USS Indianapolis akan menyambung misi dengan membuat tinjauan penuh ke lapangan jika cuaca mengizinkan.

Kapal perang tersebut membawa lebih 1,000 orang anak kapal semasa serangan berlaku

Daripada 1,196 orang anak kapal, hanya 316 orang yang dijumpai selamat

Serpihan kotak alat ganti yang turut ditemui

Sumber: Era Baru

Sumber: mediagempak

Loading...