Sukan Lasak Rahsia ZAKIAH ANAS Kekal Langsing Seperti Anak Dara!!!

Loading...

Sukan Lasak Ini Rahsia ZAKIAH ANAS Kekal Langsing Seperti Anak Dara! Masih Aktif Walaupun Sudah Berusia 50an

Agak lama tidak mendengar khabar tentang Personaliti TV Popular, Zakiah Anas. Sejak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012 nama Zakiah Anas seakan menyepi dalam dunia penyiaran.

Memandangkan tumpuan utamanya kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan Zakiah Anas terhadap dunia pengacaraan masih membara. Apatah lagi, sayang rasanya jika pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tersebut disia-siakan begitu saja.

Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen, kelibat Zakiah Anas hari ini sering dilihat di majlis-majlis rasmi sebagai pengacara anjuran syarikat swasta dan kerajaan. Bukan hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, wanita yang sudah melewati usia 50 tahun ini masih kelihatan sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.

Terdetik untuk mengetahui rahsia tubuh langsing seorang ibu dan pengusaha label Anas by Zakiah Anas ini,  Nona sempat menjengah laman media sosialnya @zakiah_anas. Sekian lama tidak mengikuti perkembangan Zakiah, rupa-rupanya figura ini gemar melakukan sukan lasak sambil ditemani suami tersayang dan rakan-rakan. Oh, patutlah kekal slim!

Disebabkan menggemari aktiviti hiking, Zakiah pernah menawan beberapa puncak seperti di Gunung Keriang, Kedah. Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz.

Salute semangat kental Zakiah meskipun usia sudah mencecah 50 tahun!

Zakiah Anas bersama anak-anaknya

 

Sumber : Instagram Zakiah Anas/nona

Loading...